Teknik Jogging Yang Betul

Seperti yang kita semua sedia maklum, berjogging adalah berbeza dengan berlari, terutamanya dari segi impak dan kesan kepada badan. Oleh itu, jogging turut mempunyai pergerakan dan teknik yang tersendiri. Ramai yang tidak sedar perbezaan ini – pada mereka, jogging itu adalah ‘pakai kasut dan keluar belari’. Kesannya, ramai yang samada tercedera, atau ‘pancit’ selepas 5 minit, dan kemudian marah-marah kenapa orang mahu menyeksa diri dengan berjogging.

Ketika berjogging, anda mahu memastikan yang anda:

Tidak membongkok: Pastikan badan anda lurus dan tegak ketika berjogging. Bahu yang bengkok memnyempitkan saluran pernafasan, serta mengurangkan keupayaan paru-paru untuk memproses aliran oksigen dan karbon dioksida. Kesannya, anda semput cepat. Jika anda rasa anda sedang membongkok, cuba tarik nafas dengan dalam, badan anda secara semulajadinya akan lurus.

Mendarat di pertengahan kaki: Ketika mendaratkan kaki, pastikan yang anda mendarat di pertengahan kaki, bukan di tumit atau depan, Ini kerana mendarat di pertengahan kaki megurangkan impak – keseluruhan permukaan kaki digunakan untuk menyerap impak dari jogging anda. Mendarat di tumit dan depan meningkatkan risiko kecederaan.

Mendaratkan kaki di bawah badan: Salah satu cara untuk memastikan anda mendaratkan kaki di bahagian tengah adalah dengan memastikan kaki anda tidak terjulur keluar ketika membuat langkahan. Pastikan ketika mendarat, kaki anda itu betul-betul di bawah badan. Kaki yang mendarat di hadapan badan biasanya akan mendarat di tumit.

teknik+jogging+betul

Lutut sedikit membengkok ketika mendarat: Fisiologi manusia secara semulajadinya akan berbuat demikian ketika anda berjogging, tetapi saya rasa anda perlu tahu juga teknik ini. Lutut yang sedikit bengkok membantu memanjangkan waktu impak, dan mengurangkan kesan kepada lutut ketika anda berjogging.

Ambil nafas secara perlahan, dan beritma: Pernafasan yang tetap membantu memgekalkan rentak larian, dan memastikan kita mampu berjogging untuk jarak yang lebih panjang. Sebagai permulaan, cuba ambil nafas untuk 2 langkah dengan hidung, dan hembus nafas dalam 2 langkah dengan mulut. Jika anda baru sahaja mula jogging, gunakan 3 langkah untuk mengambil nafas. Saya akan tuliskan dengan labih lanjut tentang teknik pernafasan di posting akan datang.

Ini hanya 4 teknik asas jogging. Dalam pakej eBook saya Jom Kita Jogging! Panduan dan Rahsia Kejayaan Jogging Anda, saya berkongsi dengan lebih teliti tentang postur dan teknik jogging yang betul. EBook ini juga menulis tentang pelan jogging Jogger 5000, yang membolehkan anda berjogging 5km/30minit tanpa henti dalam 24 hari latihan! Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

pakej+jom+kita+jogging

 

Related posts: